PENGENALAN

 PENGENALAN


Rokok elektronik juga dikenali sebagai vape atau vapor merupakan antara aktiviti yang semakin popular dalam kalangan muda mudi. Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2015 telah mengharamkan pengguna rook elektronik atau vape namun penggunaan masih berleluasa. Rama pengguna mendakwa ia menggantikan rokok yang mereka hisap, ataupun ia mencegah mereka dari merokok yang jauh lebih merbahaya.
Di Malaysia, pengguna rook elektronik adalah dari pelbagai latar belakang umur, pendapatan, status sosial dan pendidikan. Consumers Association of Penang (CAP) (2015) melaporkan bahawa aduan yang mereka terima dari para guru bahawa kanak-kanak bermur 12 tahun sudah mula menggunakan rokok elektronik.
Penggunaan vape bukan hanya berlaku di Malaysia malah di banyak negara. Dalam kajian Public Health England, McNeill, Brose, Calder, Hitchman, Hajek dan McRobbie
(2015) mendapati sebab utama masyarakat khususnya di United Kingdom mengamalkan aktiviti vape adalah atas sebab ingin berhenti merokok dan terdapat sebilangan kecil golongan in mengatakan mereka mencuba vape kerana perasaan ingin tahu. Mereka menganggarkan 5.5% daripada populasi dewasa di England menggunakan rokok elektronik pada suku pertama tahun 2015, aitu peningkatan 0.5% dari tahun 2011. Tinjauan ole National Center for Health Statistics (NCHS,
2014) pada 2014 dalam kalangan sejumlah 36,697 orang di Amerika Syarikat mendapati 14.2% laki-laki dan 11.2% perempuan pernah menggunakan vape.
Pecahan umur pengguna vape adalah 18-24 tahun (21.6%); 25-44 tahun (16.6%); 45-64 tahun (10.2%) dan hanya 3.7% dalam kalangan mereka yang berumur 65 tahun ke atas. Data ini menunjukkan aktiviti vape menjadi pilihan golongan yang muda.
Disebabkan fenomena vape in semakin berleluasa, pihak UBK SMKASAF menjalankan kajian in bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan murid menengah rendah (remaja berusia 13-15 tahun) yang bersekolah di SMKA Syeikh Abdullah Fahim, Nibong Tebal berkaitan sebab memilih untuk vape serta kesan daripada penggunanya.

HOME

  MPU23012 PENGAJIAN ISLAM PENSYARAH : PUAN NOR ARYADA BINTI MAHMAD AHLI KUMPULAN : MUHAMMAD ZULFADHLI BIN ZULKEFFLY  (04DPM22F1096) MUHAMMA...